13 April 2013

CIK KURA-KURA LAGI (sambungan lepas)

Cik kura-kura lagi. Hari ni nak tunjuk jantina cik kura-kura. Yang atas tu Bobo si jantan dan yang bawah  tu Mini si betina. Corak di bawah kura-kura tu menentukan jantina mereka. Gambar sebelahnya pula ialah gambar palet makanan cik kura-kura... kecik je lebih kurang 1 cm.


Palet ni sedap agaknya bagi cik kura-kura... bagi je terus cik kura-kura tu kejar.
 silent please !... sedang tidur... hehehe..



11 April 2013

CIK KURA-KURA IN DE HOUSE :)

Yup.. kali ni ada penghuni baru dalam rumah ni. Ada dua ekor anak kura-kura ! Namanya Bobo dan Mini... (Faiz dan Aina yang letak nama) SUNGGUH COMEL..! Kura-kura ni Tok Ma yang belikan dekat pasar pagi setiap hari Jumaat dekat Masjid Sultan Ahmad, Kemaman... hihi... Travelling from Kemaman to Klang with love.. nasib kura-kura ni ok je masa dalam kereta. :)


Ini Mini...duk mengendap. Aktif sikit dia ni. Masa mula-mula bela rasa macam geli geleman sikit. Tapi bak kata pepatah "Kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu je la" :)
Kura-kura diletakkan dalam akuarium. Hari-hari makan palet. nanti saya uploadkan gambar paletnya. 2 biji sahaja setiap hari. Air dalam akuarium tu kena selalu tukar untuk menjaga kebersihan cik kura-kura. Air tak boleh letak banyak sangat, cukuplah sekadar boleh cik kura-kura ni berenang. Lepas berenang dia naik atas batu tu untuk berjemur. Tidur je la kerjanya atas batu tu...

 Ini corak di bawah kura-kura. Ia menentukan jantinanya. Ini cik Bobo. Bobo ni jantan. Kalau corak bulat-bulat tu kecil sikit maknanya betina.
Mini sedang kejar palet. tengah makan la tu.. makan, tidur, makan, tidur... hehehe :D sedang menunggu cik kura-kura ni membesar. nanti saya upload lagi gambarnya.

20 March 2013

JOM : PUSAT SAINS NEGARA


Pusat Sains Negara terletak di Persiaran Bukit Kiara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Terdapat banyak bahan-bahan yang dipamerkan berkaitan dengan sains, teknologi dan inovasi. Sesuai juga untuk anak-anak kecil yang baru ingin mengenali dunia sains. Terdapat satu bilik untuk kanak-kanak prasekolah, taman permainan sains, permaianan ala bertempur dan lain-lain lagi.



Beroperasi pada hari Sabtu hingga Khamis (9:00 pagi – 5:00 petang). Tutup pada hari Jumaat. Kaunter tiket hanya beroperasi sehingga 4:30 petang. Ketika kami melawat tempat ini pameran tentang dinasour sedang di adakan. Pameran-pameran sering bertukar, jadi selalulah melawat ke sana!


untuk informasi lanjut sila layari http://www.psn.gov.my/

BIHUN TOMYAM



Bihun Tomyam yang ringkas... Bahan-bahannya ialah paste tomyam, ayam yg dicincang kecil, bebola ikan, lobak merah, cili, daun bawang, air, bawang merah dan bawang putih (dikisar). (boleh juga masukkan bahan-bahan lain yang digunakan ketika memasak tomyam)

Mula-mula tumis bawang yg dikisar tadi. Setelah naik bau masukkan ayam, masukkan sedikit air, setelah ayam masak masukkan bebola ikan, lobak merah, cili dan paste tomyam. Kacau hingga sebati dan masukkan bihun. Kemudian masukkan garam sekup rasa dan tak lupa daun bawang.

Masak jangan tak masak...

JOM : YAYASAN RESTU

Jom melawat Yayasan Restu di Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Di mana? Berhampiran Masjid Negeri di Shah Alam.



PULUT DURIAN

ooOoOo... Pulut durian! hari-hari melintas gerai jual durian dekat rumah ni. Teringin pulak makan pulut durian. Apa lagi ! 

Pastikan pulut sudah di tanak ye. kalau tak ada pulut tak la pula di namakan pulut durian. hehe... Tanak pulut senang aje. Basuh 1 pot pulut dan toskan. Masukkan sedikit air kira-kira sama rata dengan beras pulut tu. Tanak menggunakan api yg perlahan ye. Tutup periuk. Setelah masak tutup api dan biarkan sejuk.

Mula-mula masak nisan 1 ketul (gula melaka) bersama daun pandan, kemudian masukkan santan 1/2 biji. Kacau hingga sebati. Masukkan pula durian dan masak hingga mendidih. Masukkan garam sikit. Siap!

JEMPUT-JEMPUT UDANG GERAGAU

:)


Nak buat jemput-jemput Udang geragau ni bahan-bahannya:

Udang geragau secukup rasa banyaknya, kalau nak banyak letak banyak, kalau nak sikiat boleh letak sikit.
Tepung gandum, daun bawang dan daun sup serata garam secukup rasa. Adun bahan-bahan tadi bersama air. Adunan tak terlalu lembik dan tak terlalu cair. Ok boleh goreng...

Jemput-jemput Udang geragau ni sungguh rangup tau! Sedap makan masa masih panas...

KEK KUKUS COKLAT

OK tak kek saya ? resepinya nanti saya uploadkan



Ini resepinya yer :)


kek coklat kukus
Bahan:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bicarbonat
3 biji telur
Cara:
1. Ayak tepung gandum, Baking Powder, Soda Bicarbonat.
2. Campur serbuk koko, gula pasir, susu cair, susu pekat manis, dan minyak masak ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api kecil. ataupun periuk adunan tadi di masukkan dalam satu periuk yg lebih besar sedikit dan diisi air panas, kacau hingga sebati.
3. Pukul telur hingga kembang dan campur dengan adunan koko tadi.
4. Kemudian campur tepung, gaul hingga sebati.
5. Tuang dalam acuan dan tutup acuan dengan aluminium foil agar tak masuk wap.
6. Kukus dlm 1 jam 45 min...
Topping
Bahan :
1/2 tin susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan minyak masak (jagung)
1/3 cawan serbuk koko
Cara:
1. Campur susu pekat, serbuk koko, minyak masak, esen vanilla.
2. Masak adunan seperti adunan koko sebelum ini.
3. Selalu kacau hingga likat dan berkilat.
4. Biar sejuk dan boleh sapu atas kek.

SOSEJ GULUNG

Lapar pula rasanya dipetang hari. Nak membeli di gerai... tapi cuaca panas terik. Jadi fikir punya fikir apa kata kita buat sesuatu yang menggunakan bahan-bahan yang telah ada aje di dapur tu.

Resepi untuk kali ini ialah sosej gulung. Bahan-bahannya amat mudah. apa yang kita perlukan ialah pelakon utamanya iaitu sosej dan roti. Pelakon-pelakon tambahannya pula ialah telur dan serbuk biskut. Serbuk biskut tu saya buat dengan cara mengambil biskut Cream Crackers dan hancurkan saje. mudahkan! jangan lupa minyak untuk menggoreng ye!


Mula-mula ambil roti dan buag bahagian tepinya. Kemudian gelek roti menggunakan penggelek. Bagi leper sikit roti tu. :D Lepas tu ambil sosej, letak keatas roti dan mulalah menggulungnya, sapu telur untuk lekatkan roti tersebut. Akhir sekali celup roti yang telah digulung dengan sosej itu kedalam telur dan celupkan pula kedalam serbuk biskut.

Gorengkan dengan api sederhana dan bila dah kelihatan kuning keemasan tu balik-balikkan dan angkat. Lagi bagus kalau boleh digoreng dengan menggunakan minyak yang banyak agar ia masak rata. Roti sosej gulung ni tak perlu digoreng lama-lama sebab serbuk biskut tu cepat masak, kalau tak hangus pula.

Selamat mencuba!

DIY : PLANTING BOX

Berjasa pada tanah tidak akan rugi. Salah satu solusi pada permasaalahan tiada tempat untuk menanam pokok-pokok herba untuk kegunaan harian di dapur ialah dengan membuat Planting box

Apa itu Planting box? Planting box ialah kotak tanaman. Bagaimana? Naikkan batu bata dan simenkan setinggi satu kaki atau lebih, lebar dan panjang Planting box adalah ikut kemahuan anda. Letak medium tanah kedalamnya tetapi tidaklah sehingga terlalu penuh. Saya dan suami telah membuat Planting box di belakang rumah kami. Ukurannya kira-kira 1 x 1 x 6 (tinggi x lebar x panjang (dalam ukuran kaki/foot))



JOM : ALAM IMPIAN

Sudah lama tak kemaskini blog. :) Jadi mari kita lawati suatu tempat di Shah Alam. Namanya Alam Impian, sebuah kawasan perumahan elit. Pemandangan di situ agak cantik dan menarik. Ada jogging track di keliling tasik buatan. Ada playground untuk kanak-kanak juga.


Terdapat banyak arca yang menarik dan bewarna-warni. Tempat yang menarik untuk beriadah bersama keluarga. Tak lupa juga ramai yang bermain layang-layang di situ.


syok tengok layang-layang pelbagai bentuk dan warna. :)