Bahan-bahannya adalah kentang yg direbus / digoreng hingga empuk, kemudian dilecek, isi ayam yg dicincang, bawang besar ditumbuk halus, daun sup dipotong halus, lada sulah, sedikit garam, telur untuk mencelup begedil yg sudah dikepal dan tak lupa minyak untuk menggoreng.
Gaul semua bahan di atas tu kecuali telur, kemudian kepal bagi bulat macam bola tu. Pastikan kepalan tu kejab betul supaya kentang tidak pecah semasa menggoreng. Kemudian masukkan sedikit garam ke dalam telur yang telah dipukul dan celup bebola begedil tadi. Akhir sekali goreng sehingga sedikit garing supaya isi ayam masak.. siap sudah..
No comments:
Post a Comment